Wednesday 10 October 2012

Latihan Penjodoh Bilangan

Gariskan pada penjodoh bilangan yang sesuai bagi menyempurnakan ayat-ayat di bawah ini. 

1. Ali membeli dua ( buah / botol ) minuman berkabornat untuk menghilangkan dahaganya. 

2. Mei Lin membeli ( buku / bungkus ) sabun di kedai runcit itu.

3. Ayah membeli se ( buku / buah ) kereta berjenama Proton Saga.

4. Semasa waktu rehat, Ahmad membeli beberap ( bakul / bungkus ) makanan ringan untuk menahan kelaparannya. 

5. Polis itu memasukkan se ( biji / butir ) peluru ke dalam senapang itu. 

6. Adik sekaligus menghabiskan sepuluh ( cucuk / batang ) sate. 

7. Ayah mempunyai se ( baris / deret ) rumah sewa di Kuala Lumpur. 

8. Su Lin memelihara beberapa ( ekor / buah ) ikan di akuarium. 

9. Ibu membeli tiga ( botol / gelas ) air kelapa di pasar malam. 

10. Kakak membeli se ( buah / buku ) songkok untuk adiknya.

No comments:

Post a Comment