Tuesday 9 October 2012

Latihan Kata Hubung

Kata Hubung - Tahun 2

Bahasa Melayu

Baca, fahamkan dan pilih jawapan yang betul.
  1. Teksi itu berhenti ................... di tahan oleh penumpang.
    1.   sambil
    2.   apabila
    3.   untuk
    4.   kerana
  2. Kami membeli tiket feri ............ ke Pulau Langkawi.
    1.   kerana
    2.   sebab
    3.   untuk
    4.   atau
  3. Jamal menahan bas itu ................... bas itu tidak berhenti.
    1.   sambil
    2.   untuk
    3.   tetapi
    4.   atau
  4. Lelaki tua itu berbual dengan saya ................ mengayuh becanya.
    1.   dengan
    2.   sambil
    3.   atau
    4.   tetapi
  5. Ayah masuk ke dalam rumah ................. memetik suis kipas angin.
    1.   lalu
    2.   atau
    3.   kerana
    4.   apabila
  6. Adik tidak makan ............... minum sejak semalam.
    1.   tetapi
    2.   atau
    3.   kerana
    4.   sambil
  7. Kami berasa gembira ........... dapat bercuti di Pulau Redang.
    1.   kerana
    2.   tetapi
    3.   dan
    4.   sabil
  8. ................... di Pulau Langkawi, kami di bawa ke hotel penginapan kami.
    1.   Tetapi
    2.   Apabila
    3.   Kerana
    4.   Atau
  9. Kami melawat Galeri Perdana ............... Makam Mahsuri
    1.   dan
    2.   atau
    3.   kerana
    4.   apabila
  10. Ibu berehat ................ membaca majalah di tepi pantai.
    1.   atau
    2.   kerana
    3.   sambil
    4.   dan
  11. Aiman suka bermain gasing ............... layang-layang
    1.   dan
    2.   atau
    3.   kerana
    4.   untuk
  12. Pak Udin meraut buluh ................. membuat wau bulan.
    1.   tetapi
    2.   dan
    3.   atau
    4.   untuk
  13. Tok Wan memukul kompang .............. menyanyi.
    1.   sambil
    2.   untuk
    3.   tetapi
    4.   atau
  14. Siti tidak pandai menari .............. pandai menyanyi.
    1.   kerana
    2.   atau
    3.   dan
    4.   tetapi
  15. Jani tidak pandai bermain gasing .............. bermain congkak.
    1.   untuk
    2.   atau
    3.   kerana
    4.   dan

No comments:

Post a Comment