Monday, 15 October 2012

Latihan Penjodoh Bilangan

Baca, fahamkan dan pilih jawapan yang betul.
  1. Lee memelihara beberapa .................. ikan emas.
    1.   bentuk
    2.   buah
    3.   tandan
    4.   ekor
  2. Ayah menghadiahkan dua ................. cincin kepada ibu.
    1.   utas
    2.   bentuk
    3.   helai
    4.   batang
  3. Ibu menghadiahkan saya dua ................. rantai emas.
    1.   utas
    2.   bentuk
    3.   helai
    4.   biji
  4. Nenek membeli dua .................... selendang sutera untuk cucunya.
    1.   ekor
    2.   keping
    3.   helai
    4.   bentuk
  5. Di belakang rumah saya ada tiga .............. pokok rambutan.
    1.   tandan
    2.   tangkai
    3.   batang
    4.   buah
  6. Di rumah saya ada ................. reban ayam.
    1.   sebuah
    2.   satu
    3.   sebiji
    4.   sebatang
  7. Mereka menebang beberapa .................. pokok kelapa untuk dijadikan jambatan.
    1.   batang
    2.   buah
    3.   helai
    4.   biji
  8. Tok Aman memberikan empat .................. buah durian kepada kami.
    1.   tongkol
    2.   biji
    3.   pokok
    4.   dahan
  9. Mereka mengubah beberapa ................ meja.
    1.   biji
    2.   bentuk
    3.   buah
    4.   ekor
  10. Saya menghadiahkan dua .............. bunga ros kepada ibu.
    1.   tangkai
    2.   batang
    3.   kumpulan
    4.   biji
  11. Beberapa .......... burung hinggap di pokok itu.
    1.   orang
    2.   batang
    3.   ekor
    4.   buah
  12. Dia meletakkan beberapa ............. pisang di atas meja.
    1.   buah
    2.   biji
    3.   batang
    4.   ekor
  13. Encik Ali mempunyai tiga ................ sabit yang tajam.
    1.   bilah
    2.   batang
    3.   tangkai
    4.   kuntum
  14. Di atas meja itu terdapat ................ cermin mata.
    1.   sebentuk
    2.   sepasang
    3.   sebuah
    4.   sebatang
  15. Ayah saya mempunyai dua ................. kereta.
    1.   biji
    2.   buah
    3.   helai
    4.   ketul

No comments:

Post a Comment

Post a Comment